JellyPages.com

Ahad, 21 April 2013

Selamat hari lahir Muhammad

 


"Weh ..selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki !" sapaan khairul mengejutkan Muhammad Hadif yang tengah leka bermain dengan laptopnya. Hadif hanya tersenyum kelat. Tiada menunjukkan reaksi terharu atau gembira.

khairul yang tersengih lebar terus muncung. dahi berkerut melihat kawannya yang tidak bermaya. kerusi di sebelahnya ditarik untuk turut serta bersama Hadif. Khairul memanjangkan tengkuknya dan merapatkan kepalanya di hadapan laptop seakan-akan orang yang rabun sehingga menghalang Hadif untuk melihat skrin laptop. Khairul berpaling wajah ke arah Hadif. Muka Khairul dan muka Hadif sudah tidak jauh jaraknya. Cuma seinci. Mata Khairul berkelip-kelip. Dahinya semakit berkerut. Keanehan di wajah Hadif membuatkan Khairul tertanya-tanya.

   "Kau ni kenapa Dif? aku tengok kau dah macam mati bini. Kau tau tak? cuba kau cerita. Kau ada masalah ker?"

  "Entah la wei. Hati aku rasa lain macam. Aku macam dah tak ada perasaan dah sekarang."

senyap. Dahi Khairul semakin berkerut.

   "Hari ni berapa hari bulan?" Soalan itu tiba-tiba diaju kepada Khairul.

    "23 hb."Jawabnya ringkas.

    "tak. Maksud aku bulan hijrah." Hadif memandang Khairul tidak berkelip.

    "bulan hijrah?. Entah aku pun lupa. Kau apasal ?tanya tarikh bagai." Khairul yang masih kehairanan membetulkan kedudukannya.

     "Maulidur Rasul."

     "oh! haah tadi pun adik aku telefon. Dia tanya aku balik ke tak Maulidur Rasul ni. Aku senyap. Aku kata insyaAllah. padahal aku tak tahu pulak Maulidur Rasul dah nak dekat.Haduila. Lawak betul la kan?" Khairul gelak-gelak ayam. Sengaja ingin menceriakan suasana. Khairul kembali senyap melihat tiada respon dari Hadif.

     "Entah kenapa Maulidur  Rasul tahun ini betul-betul membuatkan hati aku begitu sedih, sayu. "

Ketukan pintu telah menghentikan perbualan mereka berdua. Faris memusing tombol pintu lalu membuka.
      "Assalamualaikum"

      "Waalaikumussalam." jawab mereka berdua.

      "kau dari mana ni Ris?"

      " Meeting."

      "Meeting ape bendanya Ris?. Ada program apa-apa pulak ke?"

      "Yes. Kita kan nak sambut maulidu Rasul. So sekarang ni pihak Universiti ada nak buat sambutan Minggu depan. Aku pun sekarang ni tengah cari Ajk untuk tugas-tugas khas pada hari tu. Kau nak?" Faris melabuhkan punggungya di atas katil dan bersandarkan dinding.

       "Tak pe lah Res. Aku tak minat sangat dengan benda-benda ni. Sori."

       "Jomlah. Kita raikan kelahiran nabi Muhammad. Mengingatkan  jugak kita dekat jasa baginda selama ni."

        "Bukan bermakna aku tak tolong, aku tak ingat." Khairul tidak mengalah.

        "Iya. aku paham."

Hadif senyap membungkam.

        "tapi cuba kalu aku lupa birthday kau hari ni Dif . pastu bila kau celebrate, aku tak datang tolong. kau terasa tak?"

         "ingat kau eh hari jadi aku?" ejek Hadif.

        "Mesti."

Khairul mengusap rambutnya yang menutup dahi ke belakang.

        "Kalau kau orang nak tahu. Sebenarnya kelahiran nabi merupakan satu berita gembira kepada setiap manusia yang mengaku muslim. tetapi kadang-kadang tak semua di antara kita yang mengetahui sejarah nabinya sendiri. Sedangkan  atas kita wajib mengetahui sejarah, selok belok agama."

keempat-empat mata sudah tertumpu pada faris.

       "Umat yang tak tahu sejarah agama dia sendiri, mereka sebenarnya tidak akan mencapai tamadun seperti umat-umat dahulu. umat-umat dahulu boleh capai tamadun. kerana apa? kerana mereka tahu akan sejarah islam. tetapi tengoklah anak muda sekarang jahil tentang agama. lagi-lagi bab sirah. Kau orang tahu kenapa Rasulullah ni sangat istimewa?"

        "Kenapa?"

        "sebab orang yang bernama muhammad ini bukan Afkariyah. Bukan Cendekiawan. Lulusan PHD. Doktor Falsafah. tetapi dia adalah Rasulullah. khatamun Anbiya' Wal Mursalin.Penutup segala Nabi dan penutup segala rasul. Barangsiapa yang tidak menyebut nama rasulullah SAW maka dia tidak beriman. Adapun orang kafir kalu nak masuk islam kena sebut nama Muhammad. Nak ganti nama lain memang tak boleh. lafaz"Asyhadu An La Ila Ha Illallah. Wa asyhadu An Muhammad Rasulullah." mesti perkataan Muhammad. bukan " Asyahadu An La Ila ha Illallah. Wa Asyhadu An Yusuf @Musa @Sulaiman" . Ia tidak menjadi Islam. inila betapa hebat batang tubuh anak Abdullah, Muhammad SAW."

       "wah, hebatlah ustaz!"Khairul seakan mengejek.

       "aku pun tahun ni, aku mula nak betul-betul ikhlas nak menyambut maulidu Rasul.Mungkin dah tiba saat aku sedar bahawa bukan senang nak jadi insan yang bernama Muhammad." Hadif meluaskan apa yang membuntu di hatinya.

faris hanya membalas dengan senyuman.


<<<3 Setelah dibuat kajian. nama yang paling banyak disebut ialah nama Muhammad .Waktu subuh sebanyak 3 juta masjid yang melaungkan nama Muhammad. Belum lagi masuk waktu Zohor, Asar,maghrib, Isyak.tidak termasuk orang-orang yang selalu berselawat kepadanaya. Maka begitu besar kehebatan nabi Muhammad. Tetapi kenapa ramai umat islam masih membelakangkan islam dalam kehidupan? maka fikir-fikirkanlah>>>

Sollu Ala Nabi..Marila kita sama-sama hayati perjuangan baginda...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan