JellyPages.com

Ahad, 21 April 2013

Kisah aku dan abang

Aku resah,
Aku marah,
Aku takut,
 Wahai matahari yang memancar.
Di mana sinar cahayamu?
Wahai bintang bergemerlapan
Di mana kelipanmu?
 yang sentiasa menemani malamku.

Arah anak mataku masih di  sana.
Menunggu akan ciptaanMu untuk setia
Mendengar keluhan jiwa yang lara
Bersama kaca-kaca mutiara
Di sebalik jendela.

Abang
Air mata adik berjurai
Memujuk hati yang gelora..
Sakit seperti dicucuk-cucuk
Oleh kata-kata yang terpancul dari mulutmu.

Namun ,
Sabar merelakan adik
Untuk menahan cacian
Dari amarah abang.

Adik tidak pernah menyesal untuk berdiam..
Kerna adik yakin
Diam adik akan mengajar abang..

Adik ingat..
Suatu hari,
Abang pulang dengar motor ,
Membawa luka yang merah
Membawa sebekas balasan,
Menghapus dosa abang pada ibu..
Abang menyepi di kamar itu,
Menahan sakit
Tiada yang merawat..
Tiada yang mengubat..
Sakit kah abang ketika itu?

Adik menderita
Hingga Ramadhan kunjung tiba..
Saat paling bahagia,
Seluruh umat Islam meraikannya,
Menyekat segala nafsu
Serakah dan durjana..
Abang masih ditakuk  lama..
Meninggalkan suruhanNya…
Adakah di sana ada rasa bahagia wahai abang?

Abang  yang dicintai,
Abang  sebenarnya buta dalam menilai,
Sampaikan kasih ibu abang ragukan,

Bukan salah ibu kerana tidak memihak abang malam itu,
Tapi diri abang yang tidak pernah jujur pada ibu..
Kata abang pada ibu tidak akan mengulangi nya kembali,
Tapi janji abang lansung tidak
berisi..
Luluh tidak berganti

Urat hijau ayah yang timbul
membawa bukti yang kukuh..
Mendaki gunung kerjaya yang
 tinggi..
Mencari sesuap nasi
Untuk kita  sama-sama melongkari ilmu akhirat nanti..
Namun abang silap pula menyalur pergi..

Wahai Abang ,
Bangunlah dari tidurmu!
Hentilah dari memejam mata..
Mimpi itu tidak sentiasa indah..
Bangkitkan semangat bekerja untuk ummah
Kamu dicipta bukan sia-sia
Tapi untuk memegang
Amanah yang Rasulullah berikan.

Abang,
Sesungguhnya abang tidak
 keseorangan,
Ketahuilah,
Ibu dan ayah sentiasa menanti abang dengan segunung harapan..
Sejarah dulu sudahpun mereka lupakan.

Di tanah suci
 ayah dan ibu sentiasa mendoakan.
Supaya abang menjadi titik
kebanggaan,
Bernazar mengharap abang jumpa akan jalan pulang.

Adik,
Abang khilaf,
Sejarah dulu yang mengajar abang,
Tamparan demi tamparan,
Abang redha,
Kerana itulah hakikat untuk abang tempuhi.
 Maafkan Abang ibu,
Maafkan Abang ayah,

Tapi Allah itu Maha Adil dik,
Dia memberi abang hadiah yang sungguh  istimewa,
Permaisuri yang cantik dan solehah,
Sebagai peneman sepanjang hayat.

***
Hening suasana ,
Takbir raya bergema,
Di pagi raya yang penuh fitrah..
Mempercayai akan adanya tuhan Allah  s.w.t
yang Maha Esa .
Sebagaimana abang adik yang sudah pun kembali kepada fitrah asal
Bersama bayi yang comel
Ahmad Fitri bin mohd Faqih
Nama yang membawa seribu
 makna.

Alhamdulillah,
Perkahwinan abang membawa seribu berkat..
Diiringi doa ibu dan ayah yang
sentiasa bersama,
Agar  mempelai  hidup diberkati tuhan..

Abang,
Adik sayang abang.
Adik harap abang akan selalu
 bersama adik memegang panji dakwah islam..

Bibirku terukir senyuman,
Oh matahari, rupa-rupanya tugasmu diserah kepada bulan untuk menerangi malam,
Oh bintang , besar benar jiwamu, menghilang  memberi laluan kepada si hujan..
Sungguh rahmat..

Ya tuhan sunggu indah aturanMu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan