JellyPages.com

Ahad, 21 April 2013

Ekonomi kita


Satu kesedaran bagi umat islam sekarang dalam melaksanakan ekonomi yang begitu efektif bagi memajukan taraf kehidupan umat islam di mata dunia. 

Kenapa orang kata islam mundur dari segi ekonomi?
 ini kerana pelaksanaan mereka sendiri tidak pernah mempunyai agenda tersendiri.
 kata orang kais pagi makan pagi,
 kais petang makan petang.

Melihat negara kita sendiri,
 ekonomi dikuasai oleh orang china.
 Hanya segelintir sahaja diberikan kepada orang melayu untuk mengambil peluang dalam bidang sebegini. 

Bagi saya sendiri, 
saya sangat kagum melihat pengurusan mereka dalam mengatur strategi untuk mencapai untung yang tinggi.
 Contohnya mereka telah pun diterapkan dengan amalan tidak suka berhutang. 
Tidak suka berbelanja mengikut kepuasan. 

Persoalan....
adakah masyarakat islam,
 melayu terutamanya pernah meneliti hal-hal sebegini dan diambil berat supaya anak-anak muda kita terlatih dengan perkara sebegini?
 mungkin ada,
 tetapi orang yang mengambil tahu sahaja. 
Contoh cikgu ekonomi di sekolah,
 pakar-pakar dalam perbankan 
dan sebagainya.
  Namun segelintir ini tidak termasuk dalam kalangan yang tahu
 tetapi buat tidak endah sahaja.

Statistik terbaru.
 Beribu-ribu mahasiswa 
dan golongan miskin telah pun murtad
 adalah puncanya daripada ekonomi sendiri. kenapa? 
Mereka kata mereka tiada duit.
 Mereka terpaksa memilih jalan yang singkat begini 
untuk meneruskan hidup.

Adakah  kita
 harus membiarkan jumlah orang yang murtad semakin bertambah?
 Sekarang adalah tugas kita 
tak kira kanak-kanak,
 pelajar,
 berumah tangga 
ataupun kerjaya, 
perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan mengamalkan SAVING untuk masa hadapan kita sendiri.
 Jangan pula orang nak guna ipad kita pun nak guna ipad.
 orang nak beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar.

Di indonesia,
 para pendakwah menggunakan wang sebagai jalan untuk menarik mereka mendekatkan agama. Orang miskin tidak akan merasa kesusahan maka peratusan untuk murtad berkurangan.

Ayuh kita! ekonomi kita di tangan kita!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan