JellyPages.com

Sabtu, 30 November 2013

train the trainers

Alhamdulillah setelah memegang taklifat timbalan pengarah train the trainers akhirnya berjaya juga menyelesaikan satu program walaupun pada hakikatnya tidak dapat sambutan ramai.

Tetapi ianya tidak menjadi masalah, kerana ingin melatih sekumpulan peserta yang agak ramai sangat menyukarkan dan tidak dapat memberi fokus kepada keseluruhannya.


Pada awalnya saya memang tidak mengetahui apa tugas sebagai timbalan pengarah. Adakah hanya mengarah atau membuat segala kerja timbalan unit. Semua itu saya belajar di sini. Kami ahli jawatan kuasa tidak ramai. Di sinilah kami bantu sesama ajk. Tidak kira kerja dari Tugas-tugas khas sehinggalah programmer sendiri.  


Menariknya kerja dengan mereka ini kerana mereka sangat rajin dan kommit. 

Dari awal pagi sudah terpacak van makanan di hadapan  rumah . Kebetulan rumah tender masakan hanya berhadapan dengan rumah saya .

Hidangan agak special nasi lemak ayam berempah. Syukur dengan rezekinya.


Peserta juga "sporting-sporting" . Majoriti daripada tahun satu. 


Program dimulai dengan speech saudara ikram rafaie.


Kemudian aktiviti yang sangat mencabar


Apapun yang kami harapkan adalah keberhasilan dari kerja keras kami dapat memberi manfaat kepada mereka.

Tunggu Train The Trainers yang kedua & ketiga

^-^



Jumaat, 29 November 2013

Ringkasan tafsir Ar-rahman Ustaz Zahazan

Ringkasan Tafsir surah Ar-Rahman oleh ustaz Zahazan

Oleh tafsir Imam Assyaukani dalam kitab beliau Fathul Qadir.


Setiap perkara yang dijadikan Allah taala itu ada pasangannya dan pasangannya adalah surah Ar-Rahman.


Ketika rasulullah menyampaikan hadis ini semua sahabat terkelu kerana tiada nikmat lain yang Allah sebut melainkan surah ini.


Tafsir ayat 19-28


ayat 22- lu'lu wal marjan


berkata said qutub dalam tafsir fi zilal

lu'lu' itu adalah mutiara dan marjan itu adalah coral( terumbu karang )

maka tidaklah keluar dalam mulut muslim itu kecuali Subhanallah.


ayat 24- proses tasybih


Allah bandingkan apa yang kita lihat di dunia. Orang arab melihat seperti gunung, maka dia ingat tempat padang pasir itu. Maka Allah memperumpamakan laut ini seperti gunung2 yang ada di padang pasir.


persoalan- bagaimana Allah boleh memperumpamakan laut itu dengan gunung?


Manusia akan kembali kepada yang asal sebab petrol juga akan habis.


ayat 27-


Berlaku pertemuan air hujan dan laut dan adanya proses.


Dalam surah al-furqan ayat 63.Berlakunya pertemuan dua laut yang lain rasanya.


Imam Ghazali menganalisis ayat yang  berkaitan dengan syukur


Syukur sangatlah sedikit dan ramai yang sabar


Mukhtasar minhajul qosidin_ Ringkasan ihya' ulumuddin.


.........................................................................................


Satu buku A'id Karni


mencadangkan kita untuk melihat syukur ini dengan melihat orang yang sakit.


jam 3:52 am 11/30/2013





Selasa, 10 September 2013

Tarbiyah mereka

Indahnya tarbiyyah..
Mereka selesa di sini, membekalkan perjuangan yang hendak dibawa. Sabar dengan segala ujian. Di bumi mutah mereka berpijak. Merasa hawa dingin menerkam ke arah mereka. Tidak sekali mereka ingin berpatah semula malah gembira dengan adanya ia..katanya ciptaan Allah itu cantik. Aku melihat mereka gigih dengan pendirian mereka demi mencapai segulung ujazah sarjana muda keluaran university Mutah.

Perjuangan ini pahit. Jadi kumpullah semangat mu dengan melihat perjuangan sahabat.


Melihat makam itu. Hatiku rintih , hiba kenapa semangat beliau tidak aku ambil . Berpesan kepada mereka agar sekaligus menjadi peringatan untuk diri ini.


Salam sahabat kepada kita semua umat islam .. salam perjuangan di medan mutah.. -mazar 2013-

Isnin, 29 Julai 2013

Kisah Sekolah


 TAHUN 2010

Kemasukanku ke sekolah itu adalah pilhanku sendiri. Selain untuk aku ingin berdekatan dengan ibubapa ku, aku ingin mencari tempat untukku memajukan diriku sendiri.





                                        Gambar hiasan
                                                         

3 tahun aku di kelantan, aku tidak pernah kenal mana-mana sekolah di kampungkun sendiri. Termasuklah Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Salah satu sekolah agama bantuan yang terletak di Terengganu. Pada andaianku sekolah ini tidak pernah wujud. Rupa-rupanya selama aku melalui jalan ke Rusila di situlah terletaknya ia. (Satu-satu jalan yang aku ingat..haha!!) dan satu lagi sekolah yang aku kenal selama research aku terhadap sekolah baru ku ini. Terdapat sekolah yang hampir sama namanya dengan sekolahku. Apa yang membezakan ialah sekolahku terdapat perkataan 'Atas' dan sekolah itu pula dihuni oleh pelajar lelaki sahaja berbeza dengan sekolah ku.Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang.Seminggu sebelum aku didaftarkan ke sekolah ini, ibuku menjemputku di sekolah lama Maahad Saniah di Pasir Puteh. Kata ibuku aku sudah tidak punya waktu yang lama untuk mencari barang untuk persiapan ke sekolah baru. Sekolah baru? Kali ketiga sudah aku ditukarkan sekolah.Walaupun begitu, tiada masalah bagiku. Di sini aku boleh berhijrah mencari kehidupan yang baru, mencari kawan baru  Cikgu baru dan yang palin sukar bagiku adalah untuk menukar dialekku sendiri. Dari loghat Kelantan, aku kena biasakan diri untuk bercakap loghat kampungku sendiri. Alhamdulillah sudah biasa sekarang. Baju hijau,tudung hijau dan kain pula hitam..Herm aku tersenyum. Bila masa aku naik pangkat menjadi pengawas sekolah?..Namun dulu. Kini pakaian itu hanyalah pakaian pelajar biasa di sekolah baruku. Setibanya ayahku memarkir kereta di kawasan padang sekolah. Hati aku dah bergelora ketakutan. Tambahnya lagi, aku kena mendaftarkan diri di dalam dewan kerana dewan itu agak cukup besar bagiku. mana tidaknya, selama aku berada di maahad kelantan , tidak pernah wujud satu pun dewan kecuali dewan makan. HUHU.. Kelihatan semua berbaju hujau. Terang dan masih berbau gudang. Wajah-wajah yang berada di situ menjadi asing bagiku. Mana satu ting4 dan ting6 ? yang kecil molek itu mesti ting4 kan? aku beranggapan sendiri. Ibu bapa dan anak-anak yang lain sedang menunggu untuk mendaftarkan diri. Selesai membayar, aku ditunjukkan blok asrama yang sudah tidak jauh dari dewan. Cantik. Kawasannya luas. Hatiku yang bagaikan laut yang ditiup angin, menjadi tenang dan damai. Sikit demi sedikit, hatiku sudah boleh menerimanya. Eh bukankan dia yang aku nampak tadi? kenapa dia pulak yang tunjukkan bilik?. Rupa-rupanya dia sala seorang seniourku. Ting6. anggapan aku tadi salah Aku naik ditingkat dua. Bilik _. Wau, pintu besi! jeritku dalam hati.(Jakun tak?) Di saat itulah, aku rasa hidupku berubah 100%. Bilik bersih. katil yang kemas.Kain selimut di selit dengan elok.Waduh, selesa bangat. Hotelkah ini? . erm,,tak jugak mana ada hotel katilnya banyak dalam satu bilik. Aku bermain dengan perasan ku sendiri. Selesai sahaja mengemas, ibuku meminta untuk pulang. Dengan pantas aku menjawab "OK!".  aku ketiduran.  Seorang demi seorang suara mereka kedengaran. Membualkan apa yang tela h terjadi di sekolah. Itu ini. Begitu begini. Tidak berhenti malah makin bertambah suaranya. haaa!! bisingnya. Aku bangun ." Sudah jam berapa?. 2.30 petang?" mataku terpaku pada jam yang berada di birai katilku. tiba-tiba. "Assalamualaikum. Pelajar baru ker? Nama apa?." tanya salah seorang dari mereka. Dia datang dekat kepadaku.  aku senyum. "yelah. takkan senior kot." "Haah. nama Sayyidatun Nisa'. Panggil Nisa' pelajar Ting.4. awak nama apa?". "Aqilah. pelajar Ting5..erm ...Nisa' dah makan ?" "ow..kakak.sori.." "tak lapar ker?. Pergilah makan. Sekarang ni memang waktu makan. Tapi jangan lambat tau. Nanti mak cik tutup." Dia senyum sekali lagi kearah ku.Aku melewati hari pertamaku diasrama dengan penuh disiplin. Aku boleh dikatakan disiplin juga orangnya. Kadang-kadang pernah digelar 'Budak Skema'. Tapi aku tak kisah akan semua tu.Bagiku hidup disiplin tidak ada payahnya. Sebagaimana dianggap oleh sesetengah pelajar. Tapi aku tidak lah persalahkan orang yang suka hidup bebas. Langgar peraturan sekolah.Sememangnya melanggar peraturan itu salah. Tapi ada batasannya terutama batasan agama. Dalam keadaan begini kefahaman tentang taat wala' itu sangat penting. {Taatlah kamu kepadaNya dan kepada Rasulmu dan setiap pemimpin di kalangan kamu.} Taat kepada pemimpin itu adalah merupakan sesuatu tuntutan kepada kita sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran . Oleh itu berhak untuk pemimpin itu untuk memberi hukuman jika tidak mentaatinya selagi tidak melanggar hukum syarak.       

                                                               *** 

Malam itu sesi taaruf dijalankan oleh pihak asrama. Aku memperkenalkan diriku kepada semua pelajar aspuri. Di bilik pula, aku memperkenalkan untuk kali kedua kepada mereka. Senior dan Junior seangkatan sebagai rakan sebilik. Walaupun begitu dengan berkenalan secara formal sebegini, mungkin masih belum dapat mengenali satu sama lain. Perlu sedikit masa untukku bermesra dan lebih ramah dengan mereka. Dalam aku kesunyian hidup menjalani hari-hari indah berada di asrama terutamanya bilik, aku dihantar seorang kawan yang baru sahaja pindah masuk ke sekolah ini . Dia terlewat seminggu dari aku. Mungkin kerana masalah surat berhenti sekolah atau sebagainya. Diana Farisya. Nama itulah yang telah menemani aku sepanjang aku sunyi dibilik itu. Setahun sudah aku diiktiraf sebagai pelajar Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Walaupun setahun aku menjadi ahli bilik tersebut, aku masih tidak dapat mencari keintimanku dengan seniour-seniour ting5. Aku seakan tidak boleh membiasakan diri dengan mereka. Lain pula Diana Farisya. Mungkin kebijaksanaan dia dalam menarik hati mereka lebih dari aku.  Kelemahanku masih banyak. Aku kena belajar cara untuk menerima orang yang tidak sama dengan cara pemikiranku. Mereka telah banyak melakukan kesalahan asrama. Mungkin itu menjadi satu sebab. "Nisa'. Hati manusia itu semua sama. Hati kita kata ingin menjadi baik. Hati mereka juga begitu. Diana sebenarnya susah untuk mendekati diorang. Tapi Diana cuba jugak. Diana buat muka tak malu sahaja sebab Diana rasa diorang pun mahu berbual dengan kita. Bergurau dengan kita, tapi diorang malu. Diorang nampak kita  budak baik. Cuma kita doakan walaupun mereka membuat kesalahan asrama tetapi tidak membawa mereka kepada perkara lalai.Jangan kita pula sisihkan mereka." 

Pengakhiran persekolahan sudah pun tiba. Aku mengangkut segala kotak-kotak yang diisi barang untuk dibawa pulang.  "Nisa' ni ada sedikit tanda ingatan dari kami buat Nisa' dan Diana. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Mohon maaf dari segala kesilapan kami semua. Terima kasih atas kesabaran Nisa' dalam melayan karenah kami. Walaupun kami tak dapat menjadi kakak yang baik untuk kamu berdua, kami semua berharap kenangan kita bersama tetap diingati hingga akhir hayat. Doakan kami dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik." Pelukan kami erat.Sungguh sedih untuk meninggalkan mereka. Aku berharap mereka dapat menjadi orang berguna pada masyarakat dengan ilmu yang dikutip di taman ilmu yang begitu indah ini. Mungkin selepas ini tanggungjawab ini juga yang perlu ku galas. Aku memandang sekeping kad yang berisi kata-kata. Sungguh berhikmah kata-kata itu.   

TAHUN 2012"Jom turun dulu." Ibuku mengajakku untuk turundari kereta. Sambil menunggu adik-adikku menghabiskan kelas mengaji. Aku terpaksa menunggu adik-adikku di kedai kakakku. Aku terus menuju ke kashier yang terletak dihadapan penjuru kedai. Penjaga kashier itu tersenyum kepadaku. Aku menyipitkan mata membalas. Kenapa dia tersenyum ke arahku?. Wajahnya pernah ku kenali dahulu. Aku cuba untuk mengingat kembali. aku pernah terserempak dengannya? "Nisa tak kenal ker?"Dia menyoalku. aku mengambil masa yang lama untuk mengingat semula. "Ya Allah. kak Maisarah kan?" Rupa-rupanya Allah telah pun menemukan  aku kembali dengan salah seorang dari mereka. " iya. Amboi dah lupa." wajahnya tidak berubah seperti dahulu, malah lebih berseri. "Bukan lupa. Tak cam ." aku hilang kata-kata."akak kerja sini?" "taklah. tuan kedai." kak Maisarah cuba bersenda.Aku tergelak kecil. "lama dah?." " Baru aje. lepas habis je matrix akak mintak kerja sini. Nak tunggu masuk u pulak." "oww..macam mana matrix? ok?." "Alhamdulillah. So far so good. Dugaan dan cubaan tu seperti biasa." "dugaan?" "haah. dugaan. akak kat UITM, akak sorang jer yang pakai tudung besar yang ambik kos akaun. dorang anggap akak ni macam ustazah tau tak?. kalu nampak je akak, diorang akan tunduk hormat. kalau yang ber'couple' pun  takut tengok akak . tapi kalau buat tak tahu jugak tu memang berdehem hati akak. Nak bagi penumbuk pun ada. Ingat dia je yang ada pakwe makwe. Akak pun ada lah. (Allah) Walau macam mana pun akak kena tegur jugak. Dah memang tugas akak kan?. Belajar agama, belajar ilmu Al-quran kena sampaikan walaupun pahit. " Aku senyap. Terfikir sejenak. kak Maisarah yang aku kenal di sekolah dahulu sangat berbeza dengan kak Maisarah yang berada di depanku sekarang. Mungkin itulah yang dikatakan don't just look by  cover. Aku memandang rendah kepada mereka selama ini, walhah mereka lebih hebat dari aku.Tanggungjawab yang dipikulnya itu sememangnya berat. Bagaimana dengan aku? adakah aku boleh terima bebanan sebegitu?.. Namun inilah hakikat untuknya dan juga aku.  "Alhamdulillah. kak.Allah itu sentiasa menguji tahap keimanan seseorang. Walaupun peperiksaan kita lulus. Adakah kita lulus ujian daripada Nya?. Mungkin itu sebahagia daripada persediaan akak untuk menghadapi hari besar nanti.Sekurang-kurangnya akak sudah mengetahui jawapan jika ditanya soalan tentang apakah usaha kita dalam memelihara agamaNya." "Harap-harap begitulah. Doakan akak selalu." "insya Allah kak." Semenjak pertemuanku dengan kak Maisarah membuatkan aku sentiasa beringat bahawa ilmu mesti diamalkan buka diburu semata-mata. Manusia pelbagai ragam. Rambut sama hitam tapi hati berlainan. Mungkin di hati nampak baik, tapi boleh jadi dia yang merosak bangsa, boleh jadi dia yang dihempap menjadi orang yang kita sanjung.*dedikasi buat sahabat dan adik-adik di SMAASZA. Cari la bekalan untuk masa hadapan<teman SEBILIK  Nuranida Zulhilmi dan akak2 yang saya cintai.>                                           ***

Cerita Aku


Bacaan Imam itu terus menusuk kalbu, sekejap mataku pejam mencari khusyuk dalam solat. Entah sudah rakaat ke berapa fikiranku masih melayang-layang . Gerakan bibirku laju mengikut alunan itu. Surah Ar-Rahman . "Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.."
.................................................................................................................
Tika aku ingat kisah itu, syukurnya aku kerana ada dia sentiasa di sampingku..
Dia saja yang mendengar, Dia saja yang tahu betapa peritnya rasa itu..
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ..
Setahun sudah kisah itu berlalu pergi.. Walaupun pada hakikatnya masih berat untuk aku lupakan .. Kini aku sibuk dengan kerja harianku . Belajar dan bergerak aktif dalam persatuan. Selagi tiada yang dapat menghalangku, selagi itu aku terus bergerak berkerja membantu ummah. Kini aku giatkan diriku dengan aktiviti dakwah. Video sini video sana , poster dan sebagainya.. Kadang-kadang snap gambar sudahpun memuaskan aku.. 
Membuat pilihan untuk berjauhan dengan keluarga, anak menakan, atuk dan kawan-kawan di kampung memang suatu yang mencabar . Akibatnya aku sendiri  tanggung ,tetapi itu  lebih baik daripada aku menanggung dosa yang mungkin bisa akan terjadi. Rahsia Dia siapa yang tahu. Aku merancang Allah yang menentukan. 
Aku datang ke bumi Jordan pada bulan 9. Ketika itu sahabatku berjuang dengan STAM . Sepatutnya aku bersama mereka. Bersama-sama mereka untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Namun, apakah upaya kita sebagai makhluk untuk menentukan segalanya. Sungguh nyata tempatku bukan di sana.
Tapi aku redha, 

..................................................................................................................................................................................
                                                                                    
Air mataku mengalir laju. Menunduk syukur kepada-Nya. Nikmat sihat, aman , keluangan masa untuk beribadah tidak semua orang dapat memilikinya. Sedikit sahaja aku diuji sudah menggigil satu anggota. Mengharapkan pertolongan-Nya di saat perlu tetapi aku lupa akan jasaNya ketika aku bergembira. Sangat kecil diri ini. .sekecil Semut

Imam Masjid Mazar menadah tangan membacakan doa qunut di 15 akhir ramadhan. Aku memahami setiap perkataan yang dialunkan. Bersama merasai detik-detik seorang hamba yang merintih sebuah keapunan dari tuhanNYa.

Ya Allah kau jadikanlah aku ini orang bermanfaat kepada agamaMu. Jadikanlah aku ini orang yang sentiasa ingatkan hari kematian. Jadikanlah aku sebahagian para Shahidah. Syurga Mu amat luas maka jadikanlah aku sebahagian penghuni syurga itu. Kau permudahkanlah untuk ku melalui siratMu dengan sepantas kilat bukan merangkak2..

Ya Allah jadikanlah kami sebagai pejuang yang ikhlas yang sentiasa mengharapkan redhaMu. Ya Allah kau berikanlah kemenangan kepada saudara kami.. Kau berilah ganjaran setimpal dengan pengorbanan mereka.
Amin.












Sabtu, 6 Julai 2013

Ibrah masa lalu

Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
Apa khabar??..

Satu perkongsian yang boleh semut kecil hari ini adalah tentang mengambil ibrah tentang masa silam.

Berapa ramaikah di antara kita mengambil ibrah dari kisah silam?.

Semut kecil yakin ramai di kalangan pembaca setia semut kecil sememangnya sentiasa mengambil pengajaran dan hikmah dari apa yang berlaku.

Semut kecil sendiri jika ingin mengongsi kisah silam semut kecil, tak terkira banyaknya. Tapi Alhamdulillah semuanya semut kecil terima dengan hati terbuka.

Sebagaimana semut kecil pernah menghadiri sebuah consultance yang diberikan oleh ustaz syaari abd Rahman, sebelum ini,beliau ada menyebut orang yang matang adalah orang yang mengira hikmah dari masa lalu kerana ada orang yang berumur 50 tahun tetapi tidak pernah sekalipun mengambil pengajaran daripada kisah hidupnya.

Pendek kata sia-sia sahajalah hidupnya selama 50 tahun itu.

Tetapi situasi ini sangat kontra dengan satu lagi situasi di mana seorang budak belasan tahun sudah pun matang dalam bertindak dan perkara ini sudah tidak menjadi suatu perkara yang pelik dan aneh di mana dia ini memang dididik untuk menjadi orang yang selalu berpandangan jauh dalam menghadapi suatu perkara.

Moga-moga kita dikalangan yang seperti itu.

Sebagai contoh pemuda hebat sultan mehmed ( al-fateh) merupakan satu ikon yang teragung untuk dijadikan ikutan. Di mana ketika dalam usaha beliau untuk menakluk Constantinople beliau telah menghadapi banyak mehnah dan halangan. Jadi ketika itulah kisah hitam perjuangan al fateh bermula.

Walaupun begitu, al fateh tetap bangun dan bangkit tetapi tidak dinafikan semangat sultan mehmed juga jatuh ketika itu dan yang memberi semangat kepada beliau adalah Syeikh Syamsuddin.

Syeikh Syamsuddin selalu berpesan supaya memandang kekalahan itu dengan pandangan positif. Jadi daripada itulah sultan mehmed mula mencari semangat baru dan mengkaji semula faktor kekalahan untuk dijadikan sebagai pengajaran untuk hari seterusnya.

Dan di mana kita sudah pun dihidangkan dengan pelbagai kisah para pejuang ketika dahulu untuk mengambil iktibar dan tauladan . Jadi semut kecil berharap sahabat-sahabat semut kecil yang pernah ada kisah silam yang sangat sukar untuk dilupai supaya menjadikannya sebuah pengajaran yang hebat yang pernah berlaku dan anggap ia satu teguran direct dari tuhan untuk kita.

Untuk kesempatan ini, tidak lupalah untuk semut kecil meminta jasa kalian sebagai keluarga satu muslim untuk sentiasa mendoakan kebaikan untuk negara Mesir supaya kerajaan itu kekal dengan pemerintahan islam.. setiap penggulingan itu ada ibrah di sebaliknya..

Dan tidak lupa juga negara Malaysia iaitu tanah air kita sendiri supaya ditakluki oleh pemimpin islam agar suatu hari nanti agama islam tertegak dengan megahnya di pandangan mereka yakni kafir laknatullah.

Untuk negara-negara yang ditindas seperti syria,  palestine dan lain-lain doakan moga-moga jihad mereka itu diterima mulia di sisi Allah
..

Wallahualam..
Terima lah sedikit perkongsian daripada insan yang kerdil
SEMUT KECIL



Rabu, 24 April 2013

Which Anssurance Is Better?




Perbahsan khulasatul kalam dalam mentarjihkan agama islam

Alhamdulillah kepada tuhan yang menurunkan  rasul sebagai petunjuk dan agama yang benar  dan diberi kenikmatan hidup di dalam agama suci ini ..

YaAllah  yang Maha berkuasa lagi Maha Kaya..hamba sebagai manusia yang kerdil  mengharapkan  agar sentiasa di bawah naunganmu .Sesungguhnya sangat besar anugerah yang engkau berikan kepada hamba ini.. Tatkala aku lupa nikmat itu, Ya Allah engkau bimbinglah aku untuk sentiasa taat dan menurut perintah agamamu..Sungguh rugilah orang yang tidak merasa kemanisan itu..
Allah Hurabbi..

Aku dilahirkan dari rahim ibu,
 Keluar untuk melihat bumi ,
Memijak tanah ,memakmur seisi dunia
Aku lihat ayah dan ibu membongkok dan berdiri lalu mengangkat kedua belah tangan,
Aku lihat banyaknya buku yang tersusun di sana, ada yang kecil ada yang besar,
Ayah dan Ibu selalu menyebut  nama Muhammad,
Setiap tahun ada satu bulan ayah dan ibu tak makan pada waktu siang,
Dan di dinding ada gambar bangunan petak empat segi, ramai orang di sana..
Syukurnya aku disini..

 18 tahun sudah aku kenal islam, tolak 5 tahun tadika
Hurm 13 tahun…lama la jugak

Jadi saya ingin mengajak kepada semua untuk membuat satu pemerhatian tentang apakah kebaikan beragama sebenarnya..dan pemerhatian itu kita boleh adakan  satu perbahasan  untuk kita lebih teliti dan mengambil berat tentang perkara sebegini..

Satu persoalan yang akan tiba kepada kita. Bagaimana jika suatu hari kamu akan ditanya tentang agama islam oleh orang bukan islam?

Siapa yang menyesal tak sudah nanti. Malu. Nama sahaja islam tetapi tidak tahu apakah itu islam. Apa yang ada pada islam? dan apa kelebihan islam berbanding agama lain?..itulah persoalan yang akan dilontarkan kepada kita semua nanti.

Tanggungjawab kita adalah membela agama. Menjaga nama baik agama daripada cemuhan yang keluar dari mulut yang tidak pernah kenal apa itu islam.

Ayuh! Tiada apa yang bisa menentukan nasib kita di akhirat selain agama..

Persoalan itulah yang akan menyedarkan kita, Walaupun di luar tanggapan,masih belum terlambat untuk kita mencari dan mengkaji apa  yang ada pada agama islam. Buktikan sebab kita berada dalam agama islam adalah bukan kerana warisan semata-mata tetapi kerana keyakinan yang teguh dengan keindahan islam itu sendiri.

Jadi langkah pertama kita dalam mengkaji adalah dengan mengetahui apakah taarif setiap agama.
·        
         Perkara paling asas adalah mengetahui semua jenis agama lain. Bukan payah untuk mengkaji , gunakan segala teknologi yang serba mudah untuk mengkaji.
Langkah Kedua kenapa aku memilih agama islam bukan agama lain?
·        
  •          Pilih agama sebenarnya seperti kita memilih insurans . Insurans adalah memberi jaminan kehidupan kita sepanjang hayat. Insurans yang paling bagus adalah insuransnya yang mempunyai rekod yang baik.  Rekod yang tidak baik contonhya susah untuk membuat tuntutan.

Oleh itu, haruslah memilih agama yang dikehendaki oleh  Allah.
Langkah seterusnya ada satu perkara yang perlu diteliti  iaitu siapa yang membawa agama islam, dan siapa yang dikatakan utusan yang membawa agama tersebut.

Apabila perkara tadi telah pun nyata di pandangan kamu semua dan sudah pun dapat mengkonklusikan agama yang terbaik setelah kamu membuat perbandingan agama itu lebih baik daripada agama sebelum ini, maka pilihlah agama itu.

Tetapi bagi yang bukan islam yang baru sahaja kenal islam dan mempunyai keinginan untuk masuk dalam agama islam,mereka mempunyai banyak halangan.
·        
  •       Halangan pertama: Nafsu

Nafsu ini cenderung kita perkara perkara yang kita dah biasa. Sukar untuk menukarnya dalam serta merta. Contohnya  Solat lima waktu, Menutup Aurat dan pelbagai lagi amalan harian yang perlu diubah
Ketahuilah yang mengkaji adalah akal, oleh itu ikutlah akalmu yang waras itu bukan nafsu yang serakah.
  •         Halangan Kedua: Malu

Malu juga mempengaruhi fikiran seseorang . Mereka seperti ini akan menjadikan malu itu sebagai penghalang yang besar baginya untuk tempuhi. Contohnya apabila berhadapan dengan kaum keluarga. Apabila ada keluarga yang tidak dapat menerima dengan perubahan itu, serta merta mereka ini akan dipulau dari keluarga dan akan menjadi faktor pergaduhan besar dikalangan mereka.
  •       Halangan ketiga: Takut

Takut ini sama dengan perkara malu di atas. Mereka ini ada dalam situasi yang sama. Sebagaimana contoh orang yang terdekat dengan Nabi Muhammad SAW, iatu bapa saudaranya Abu Thalib pernah diseru untuk masuk ke dalam agama islam tetapi ditolak olehnya kerana lebih takutkan akan cercaan dan penghinaan oleh keturunan nenek moyang dan kaum kerabatnya yang akan dihadapinya nanti. Walaupun dia sendiri tahu bahawa agama yang dibawa oleh anak saudaranya itu adalah agama benar lagi suci.

Namun, Kita kena faham bahawa halangan-halangan  ini adalah halangan sikologi yang timbul dari individu itu sendiri.

Oleh itu, salah satu cara untuk kita menyedarkan mereka yang tenggelam dengan halangan sikologi ini adalah dengan menunjukkan satu kaedah kefahaman yang baik iaitu

Berikan mereka satu gambaran di mana ada satu neraca yang mempunyai 2 timbangan. Bahawa timbangan pertama ialah malu dan takut , manakala timbangan kedua ialah kemusnahan yang abadi dan azab yang berkekalan(azab Allah).

Nescaya mereka sendiri akan mendapati apa yang paling mudarat baginya jika salah satu  menimpa diri mereka.
KHULASATUL QOUL
Nak berdakwah mesti ada pengetahuan,mengkaji terlebih dahulu dan menganalisis apa yang terbaik yakni method atau cara dakwah yang paling dirasakan berkesan.
Kalau kita nak bercakap  pasal agama pun kita dangkal, apa lagilah kalau kita nak mengajak orang untuk mengenal agama Allah. Contoh di dalam satu situasi apabila ada salah seorang dikalangan bukan islam datang berbincang dengan kita dan mereka ini menceritakan tentang kebaikan agama mereka, tidakkah kita ingin membiarkan sahaja diri kita membenarkan aqidah yang mereka pegang tanpa kita menolak dengan hujah yang paling baik bagi menunjukkan bahawa masih ada agama yang kebih baik dari itu?yakni agama islam. Jangan jadi Pak Angguk sahaja.

Sebagaimana baru-baru ini Tv Alhijrah baru sahaja menayangkan sebuah program tv yang melibatkan keempat-empat agama yang terdiri daripada agama Hindu, Budha, kristian dan Islam berentap di atas satu forum yang membincangkan tentang agama masing-masing bersama dengan pengacara yang juga pakar dalam bidang agama iaitu Ustaz farid Ravi. Di dalam rancangan itu, banyak manfaat yang boleh dipetik dan diambil perhatian oleh kita sendiri di mana jalan penceritaan tentang agama mereka hampir serupa dengan agama islam tetapi terpesong dari segi aqidah yang perlu diperbetulkan.

Dengan pencapaian begitu hebat yang dibuat oleh TV alhijrah, beberapa rakyat Malaysia yang menonton rancangan ini telah pun memeluk islam. Itulah dikatakan hidayah milik Allah ..Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha untuk mengajak dan menyeru sesama manusia supaya kembali ke jalan yang benar.

Wallahua’lam ..sama-sama kita mengambil pelajaran



Ahad, 21 April 2013

mari kenal yusuf



Alhamdulillah Summa Alhamdulillah...Segala syukur diberi begitu banyak keruangan masa dalam menvariasikan peluang yang ade untuk mengongsi beberapa ibrah yang ingin diambil daripada kisah Nabi Allah Yusuf AlaihiSalam....

Dengan kenikmatan Iman dan Islam terbuka hati saya untuk meng'share'kan beberapa pengajaran yang telah dikisahkan dalam Al-Quran dalam surah Yusuf ayat 58-66 yang menceritakan bagaimana perjalanan Nabi Allah Yusuf mengendalikan ekonomi dizaman dimana Baginda dipilih oleh Allah untuk memegang jawatan menteri kewangan pada zaman tersebut...

Sebelum itu,,untuk pengetahuan sahabat2 kisah perjuangan nabi yusuf  banyak diceritakan dalam al-quran...Bagaimana sahabat2 melihat Allah menceritakan kisah baginda secara detail dalam surah Yusuf dari awal ayat hingga akhir ayat..

      Ramai dikalangan kita tidak begitu banyak yang mengambil pengajaran daripada kisah perjalanan baginda dimana dikhabarkan baginda merupakan seorang yang penyabar dan tidak pernah terdetik dalam dirinya untuk membalas dendam atas apa yang diperlakukan oleh sepuluh saudaranya di mana sepuluh saudara itu sangat cemburu apabila melihat kasih sayang nabi Yaakob kepada Nabi Yusuf melebihi darpada mereka semua..dan tidak lupa juga sangat bijak dalam membuat keputusan ..(ayat 58-66)

       ..Apabila seluruh negara dilanda kemarau,  maka semakin kurang bekalan gandum...Pada masa itu Nabi Allah Yusuf sudah pun membuat Saving untuk jangka masa akan datang (Salah satu teknik ekonomi berkembang di zaman baginda )...Seluruh rakyat Mesir datang kepada baginda untuk meminta bekalan gandum termasuklah rakyat Palestin. 

       Palestin ialah tanah di mana lahirnya baginda dan hidup bersama 11 lagi saudaranya dan bersama nabi yaakob..perpisahan baginda dengan Nabi Yaakob bermula setelah baginda dibuang ke dalam telaga datanglah para musafir menjumpai nabi Yusuf dan dijual kepada Sultan Aziz..maka hiduplah baginda ketika di istana, di dalam penjara..
             
       Selain daripada kelebihan dia atas, baginda juga diberi karamah oleh Allah dapat mentakwil mimpi...Sejak itu baginda pun dinaikkan pangkat oleh Sultan Aziz di atas kebijaksanaan yang baginda miliki

        pelajaran:
  • ·         seorang pendakwah mesti buat kerja serupa bikin
Di samping nabi baginda berdakwah, Nabi diuji satu perasaan iaitu perasaan marah apabila melihat saudaranya kerana mengingatkan perbuatan jahat yang telah dilakukan  7 tahun dahulu.. Bagaimana nabi Allah Yusuf ini menghadapi mereka adalah dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak bertindak melulu . Jadi nabi tidak menunjukkan sikap buruk kepada saudaranya bahkan melayan dengan baik. Kerana apa? kerana baginda sedar bahawa  apa dakwah yang dibawa selama ini sedang diuji.

        Di sini yang ingin saya tekankan... kita sebagai Daie ,kita mesti ingat bahawa apabila Allah nak uji seseorang itu, Allah akn uji orang yang  paling dekat dengan kita..   Org paling dekat nabi yusuf adalah adik beradik baginda sendiri...
·         
  •         Nabi Allah Yusuf manage ekonomi dengan hebat sekali
  •          Bijaksananya Nabi Yusuf As

·         Nabi yusuf sangt bijak,,,kalau baginda memberi bekalan itu kepada adik beradiknya begitu sahaja memang sah mereka tidak akan datang ke mesir sekali lagi dan mereka tidak akan   membawa Binyamin berjumpa dengannya..Bermula di situ, Nabi Yusuf cuba memulakan permainan bijaknya dengan mengugut selagi mereka tidak membawa Binyamin selagi itu baginda tidak akan memberikan bekalan gandum tersebut.

  •           Allah tidak akan mendatangkan kesenangan tanpa kesusahan 
       Ujian bertimpa-timpa yang melanda baginda tidak memutuskan semangat baginda ..Setalah berpisah dengan ayah dan keluarga kemudian diuji dengan godaan Zulaikha dek tampan wajahnya itu , Iman baginda tidak pernah goyah...Malah Allah telah memberi balasan dengan pangkat dan dapat bersama keluarga baginda semula..

      Oleh itu wahai sahabat dan sahabiah kejayaan bukan diukur melalui keputusan slip semata-mata  tetapi  kejayaan itu juga diperoleh apabila kita dapat mengongsikan kenikmatan itu bersama-sama dengan orang tersayang. Nabi yusuf mengongsikan kejayaannya dengan adik-beradiknya yang lain

·         

·       Sebelum itu sedikit penjelasan   Ayat 64-
·         Cerita musuh2 Allah..mereka akan memujuk walau dengan apa cara sekalipun untuk mndapatkan apa yang mereka kehendaki. Saudaranya baginda Nabi Allah Yusuf itu sanggup menggadaikan Binyamin demi mendapatkan tanaman gandum..Di sinilah kita melihat bagaimana sikap israel, penuh pendustaan, munafik, dan sikap ini masih dibawa kepada keturunan seterusnya sebagaiman kita melihat bagaimana perancangan israel sendiri apabila ingin mendapatkan tanah Palestin, mereka memikir banyak cara untuk medapatkannya. Salah satu cara adalah menghapuskan segala umat islam dipalestin untuk mendapatkan gelaran palesit..
·     

           Berkaitan kisah seterusnya tentang nabi Allah Yusuf , Kali ketiga  kedatangan mereka ke mesir barulah  diberitahu bahawa sultan itu adlah yusuf dan  kali keempat kedatangan nabi yaacob dengan adik beradik berjumpa dgn nabi yusuf.
·         
                                                                                                                                                                
      Bagi Sesiapa yang merasakan gelisah dan tidak tenang disarankan untuk  membaca suruh yusuf  insyaAllah akan tenang dari sebarg maslah..

Sebelum sahabat-sahabat meninggalkan page ini, saya kita fikir semula sebanyak manakan kebaikan jikalau kita belajar sejarah disekolah tanpa kita mengambil ibrah daripadanya.. apabila kita menulis sejarah..kite kena tahu  cara ingin menulis sejarah iaitu disertakan moral.. sebagaimana Allah tulis sejarah dalam al-quran..

Kita boleh ambik banyak model dari nabi yusuf…nabi yusuf bapak ekonomi.. untuk kita semua, jika anda sahabat-sahabat yang ingin mencadangkan  Sirah nabi dijadikan silibus sekolah saya sangat menyokong seratus peratus..

Adakah masih ada pimpinan seperti nabi yusuf pada zaman sekarang?


fikir-fikirkanlah..

Selamat tinggal duhai kemalasan


Selamat Tinggal duhai Kemalasan...
Hadirnya engkau membawa semangat..
Hadir kau membawa sinar subuh..
Menghidupkan harapan..

Bicara aku dengan idola..
Malam yang panjang itu, aku berdoa..
menulis semula sejarah..
Meraikan Tanah Qudus..

Wahai pelawat kemalasan..
Akan kau ku bunuh demi hidupku..
Dan menghabiskan kau sebelum kau menghabiskan hati aku..
supaya aku dapat membunuh engkau walaupun seketika..!!
Maka sudah tamat kedamaian dan masa untukmu!!
malah ngkau masih belum puas,,
bahkan meminta-minta untuk terus menjadi org y rugi dan tidur..

Demi maruah,,akan ku rampas Dar mu
dan aku cabut hingga ke akar umbi..
melemparnya dari hilang pandangan mata..
Sehinngga tidak temu jalan pulang..

menanam ganti  perhatian  kerjaku..
supaya dapat menjadi kunci bagi setiap kebaikan..
menjadi contoh kepada orang..
bahawa akan ku capai tangan mereka ..
supaya menjadi insan bertakwa yang berkehadapan ..
dan memperoleh barisan paling hadapan ..
di syurga nanti...


Kisah aku dan abang

Aku resah,
Aku marah,
Aku takut,
 Wahai matahari yang memancar.
Di mana sinar cahayamu?
Wahai bintang bergemerlapan
Di mana kelipanmu?
 yang sentiasa menemani malamku.

Arah anak mataku masih di  sana.
Menunggu akan ciptaanMu untuk setia
Mendengar keluhan jiwa yang lara
Bersama kaca-kaca mutiara
Di sebalik jendela.

Abang
Air mata adik berjurai
Memujuk hati yang gelora..
Sakit seperti dicucuk-cucuk
Oleh kata-kata yang terpancul dari mulutmu.

Namun ,
Sabar merelakan adik
Untuk menahan cacian
Dari amarah abang.

Adik tidak pernah menyesal untuk berdiam..
Kerna adik yakin
Diam adik akan mengajar abang..

Adik ingat..
Suatu hari,
Abang pulang dengar motor ,
Membawa luka yang merah
Membawa sebekas balasan,
Menghapus dosa abang pada ibu..
Abang menyepi di kamar itu,
Menahan sakit
Tiada yang merawat..
Tiada yang mengubat..
Sakit kah abang ketika itu?

Adik menderita
Hingga Ramadhan kunjung tiba..
Saat paling bahagia,
Seluruh umat Islam meraikannya,
Menyekat segala nafsu
Serakah dan durjana..
Abang masih ditakuk  lama..
Meninggalkan suruhanNya…
Adakah di sana ada rasa bahagia wahai abang?

Abang  yang dicintai,
Abang  sebenarnya buta dalam menilai,
Sampaikan kasih ibu abang ragukan,

Bukan salah ibu kerana tidak memihak abang malam itu,
Tapi diri abang yang tidak pernah jujur pada ibu..
Kata abang pada ibu tidak akan mengulangi nya kembali,
Tapi janji abang lansung tidak
berisi..
Luluh tidak berganti

Urat hijau ayah yang timbul
membawa bukti yang kukuh..
Mendaki gunung kerjaya yang
 tinggi..
Mencari sesuap nasi
Untuk kita  sama-sama melongkari ilmu akhirat nanti..
Namun abang silap pula menyalur pergi..

Wahai Abang ,
Bangunlah dari tidurmu!
Hentilah dari memejam mata..
Mimpi itu tidak sentiasa indah..
Bangkitkan semangat bekerja untuk ummah
Kamu dicipta bukan sia-sia
Tapi untuk memegang
Amanah yang Rasulullah berikan.

Abang,
Sesungguhnya abang tidak
 keseorangan,
Ketahuilah,
Ibu dan ayah sentiasa menanti abang dengan segunung harapan..
Sejarah dulu sudahpun mereka lupakan.

Di tanah suci
 ayah dan ibu sentiasa mendoakan.
Supaya abang menjadi titik
kebanggaan,
Bernazar mengharap abang jumpa akan jalan pulang.

Adik,
Abang khilaf,
Sejarah dulu yang mengajar abang,
Tamparan demi tamparan,
Abang redha,
Kerana itulah hakikat untuk abang tempuhi.
 Maafkan Abang ibu,
Maafkan Abang ayah,

Tapi Allah itu Maha Adil dik,
Dia memberi abang hadiah yang sungguh  istimewa,
Permaisuri yang cantik dan solehah,
Sebagai peneman sepanjang hayat.

***
Hening suasana ,
Takbir raya bergema,
Di pagi raya yang penuh fitrah..
Mempercayai akan adanya tuhan Allah  s.w.t
yang Maha Esa .
Sebagaimana abang adik yang sudah pun kembali kepada fitrah asal
Bersama bayi yang comel
Ahmad Fitri bin mohd Faqih
Nama yang membawa seribu
 makna.

Alhamdulillah,
Perkahwinan abang membawa seribu berkat..
Diiringi doa ibu dan ayah yang
sentiasa bersama,
Agar  mempelai  hidup diberkati tuhan..

Abang,
Adik sayang abang.
Adik harap abang akan selalu
 bersama adik memegang panji dakwah islam..

Bibirku terukir senyuman,
Oh matahari, rupa-rupanya tugasmu diserah kepada bulan untuk menerangi malam,
Oh bintang , besar benar jiwamu, menghilang  memberi laluan kepada si hujan..
Sungguh rahmat..

Ya tuhan sunggu indah aturanMu..