JellyPages.com

Isnin, 29 Julai 2013

Cerita Aku


Bacaan Imam itu terus menusuk kalbu, sekejap mataku pejam mencari khusyuk dalam solat. Entah sudah rakaat ke berapa fikiranku masih melayang-layang . Gerakan bibirku laju mengikut alunan itu. Surah Ar-Rahman . "Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.."
.................................................................................................................
Tika aku ingat kisah itu, syukurnya aku kerana ada dia sentiasa di sampingku..
Dia saja yang mendengar, Dia saja yang tahu betapa peritnya rasa itu..
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ..
Setahun sudah kisah itu berlalu pergi.. Walaupun pada hakikatnya masih berat untuk aku lupakan .. Kini aku sibuk dengan kerja harianku . Belajar dan bergerak aktif dalam persatuan. Selagi tiada yang dapat menghalangku, selagi itu aku terus bergerak berkerja membantu ummah. Kini aku giatkan diriku dengan aktiviti dakwah. Video sini video sana , poster dan sebagainya.. Kadang-kadang snap gambar sudahpun memuaskan aku.. 
Membuat pilihan untuk berjauhan dengan keluarga, anak menakan, atuk dan kawan-kawan di kampung memang suatu yang mencabar . Akibatnya aku sendiri  tanggung ,tetapi itu  lebih baik daripada aku menanggung dosa yang mungkin bisa akan terjadi. Rahsia Dia siapa yang tahu. Aku merancang Allah yang menentukan. 
Aku datang ke bumi Jordan pada bulan 9. Ketika itu sahabatku berjuang dengan STAM . Sepatutnya aku bersama mereka. Bersama-sama mereka untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Namun, apakah upaya kita sebagai makhluk untuk menentukan segalanya. Sungguh nyata tempatku bukan di sana.
Tapi aku redha, 

..................................................................................................................................................................................
                                                                                    
Air mataku mengalir laju. Menunduk syukur kepada-Nya. Nikmat sihat, aman , keluangan masa untuk beribadah tidak semua orang dapat memilikinya. Sedikit sahaja aku diuji sudah menggigil satu anggota. Mengharapkan pertolongan-Nya di saat perlu tetapi aku lupa akan jasaNya ketika aku bergembira. Sangat kecil diri ini. .sekecil Semut

Imam Masjid Mazar menadah tangan membacakan doa qunut di 15 akhir ramadhan. Aku memahami setiap perkataan yang dialunkan. Bersama merasai detik-detik seorang hamba yang merintih sebuah keapunan dari tuhanNYa.

Ya Allah kau jadikanlah aku ini orang bermanfaat kepada agamaMu. Jadikanlah aku ini orang yang sentiasa ingatkan hari kematian. Jadikanlah aku sebahagian para Shahidah. Syurga Mu amat luas maka jadikanlah aku sebahagian penghuni syurga itu. Kau permudahkanlah untuk ku melalui siratMu dengan sepantas kilat bukan merangkak2..

Ya Allah jadikanlah kami sebagai pejuang yang ikhlas yang sentiasa mengharapkan redhaMu. Ya Allah kau berikanlah kemenangan kepada saudara kami.. Kau berilah ganjaran setimpal dengan pengorbanan mereka.
Amin.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan