JellyPages.com

Ahad, 19 Januari 2014

HAWA

Bilik itu makin rancak dengan perbincangan. Isu akhowat berbaju merah jampu hangat di facebook. Keluarnya  ‘status’ syabab itu hanyalah teguran untuk para akhowat. Saya fikir sangat betul perbuatan syabab itu tetapi saya juga fikir kenapa akhowat ini selalu diperhatikan dan perlu terhad dalam membuat sesuatu.

Wanita selalu diburukkan dengan tingkah laku kerana wanita selalu perlu dijaga dengan keayuan dan pakaian yang menutup. Adakah wanita hanya diperkenalkan dengan perkara sebegini kecil? Ini adalah pengalaman saya dalam memangku sebagai Setiausaha Kerja Persatuan Hal Ehwal Wanita Islam di Mutah, Jordan bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Malaysia Mutah (PERMATA). Berada dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi . Selalu menerima masalah pelajar-pelajar akhowat yang memakai seluar Jeans di musim Salji. Memakai baju yang terang warnanya seperti tiada apalah bagi mereka-mereka ini. Jadi kerana itu saya berasa terpanggil untuk membuka ruang perbincangan lebih luas kepada wanita di luar sana dalam artikel saya ini.

Sirah Nabi Sallahualaihi wasalam dimana Nabi Muhammad telah mengangkat martabat wanita dari ditindas daripada Zaman Jahiliyah. Wanita tidak lagi menjadi hamba untuk melepaskan nafsu. Wanita diangkat untuk berada bersama-sama kaum lelaki untuk membantu perjuangan islam. Ummul Mukminin merupakan isteri-isteri nabi yang terdiri daripada Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Saidatina Saudah, Saidatina Hafsah, Saidatina Zainab, Saidatina Salama, Saidatina Zaynab, Saidatina juwairiyah, Saidatina Safiyya, Saidatina Ummu habibah, Saidatina Maymuna , Saidatina Maria Al-Qibtiyah dan beberapa lagi nama yang tidak disebut kerana adanya khilaf tentang bilangan isteri-isteri nabi. Mereka ini berkahwin dengan nabi untuk hidup bersama-sama nabi. Melalui perkahwinan menjadi satu bukti martabat wanita sudahpun dijulang tinggi pada zaman Rasulullah S.A.W

Pada zaman Nabi SAW wanita dikenali dengan tokoh-tokoh yang boleh kita ambil sebagai ikutan pada zaman sekarang.

Perkongsian di sini tertumpu pada wanita atau islamiknya kaum hawa. Kaum hawa bermulanya dari tulang rusuk nabi Adam. Di mana mereka berdua hidup sama-sama di dalam syurga yang tersergam indah.

” Dan Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (Jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim”
Melalui  cakap-cakap orang yang mengatakan Hawa yang menyebabkan Adam keluar dari syurga sungguh sekali tidak benar. Bahkan Allah menghukum kedua-duanya kerana kesalahan mereka berdua yang terpedaya dengan hasutan syaitan.
“Dengan Sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua ( ke dalam larangan ) dengan tipu dayanya . Setelah mereka makan (buah ) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga. Serta tuhan mereka mnyeru mereka : bukankan aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu? Dan aku katakana padamu bahawa syaitan itu dalah musuh yang nyata?”
Saya ingin menekankan tentang bagaimana kaum wanita kebanyakannya mereka tidak pernah berfikir untuk keluar padang dalam medan dakwah dan sebagainya. Dalam isu kepimpinan banyaknya didominasi oleh kaum lelaki. Wanita tidak layak dan sebagainya untuk terlibat sama. Saya lebih suka untuk mengajak mereka-mereka ini untuk mencuba segala sesuatu yang boleh membawa mereka merasakan dunia ini perlukan mereka. Contoh sebagai pemimpin: Ramai wanita yang menolak jawatan sebegini kerana mengatakan mereka ini tidak layak untuk memimpin kaum lelaki. Tetapi tidak sedarkah mereka ini dalam kepimpinan wanita juga berhak untuk bersama-sama mengeluarkan idea atau pendapat yang boleh menguntungkan semua orang.

Saya bagi contoh kisah seorang raja perempuan pada zaman Nabi Sulaiman yang digelar Ratu Saba’ atau nama glamournya Balqis. Balqis jikalau dibuka kitab-kitab israiliyat bermula rekaan nama Balqis . Balqis merupakan seorang raja perempuan yang sungguh besar pemerintahannya.
“Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah berikan kepadanya (serba sedikit ) dari tia-tiap sesuatu (yang diperlukan ) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.” Surah An-naml ayat 23
Ratu Balqis ini sangat berani untuk membuat keputusan demi kerajaanya. Setelah Nabi Sulaiman menghantar surat kepada Ratu Balqis untuk bersemuka. Segala pembesar-pembesar dan pahlawan-pahlawan memberi nasihat untuk berperang sahaja dengan kerajaan Nabi Sulaiman. Ratu Saba’ tidak terus membuat keputusan terburu-buru bahkan memikirkan jalan lain untuk dia menyelamatkan kerajannya maka perdamaianlah yang dipilihnya. Akhirnya keputusan yang dipilihnya itu menjadi satu kebaikan kepadanya dan kerajaannya.

Apa yang diceritakan melalui kisah Ratu Saba’ Balqis ini ada kaitan penuh dengan politik. Di mana keberkaitannya jika ingin memerintah suatu kerajaan mestilah mereka ini tahu akan siasah dalam politik. Saya bukanlah orang yang pandai untuk bercakap tentang isu politik tetapi ini adalah hakikat sebenar mengikut konteks dunia sekarang.

Sebagai individu saya berpendapat politik itu tidak boleh ditinggalkan dalam dunia islam kerana politik sekarang harus dicorakkan dengan islam. Oleh itu saya sangat mengajak kepada semua kaum Wanita untuk ceburi bidang politik supaya pemikiran kita lebih terbuka dengan isu semasa.
“ Dan (Ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi “ Surah Al-baqarah ayat 30
Tugas sebagai khalifah bukan tertegak pada kaum adam sahaja. Malah termasuk kaum Hawa. Wanita tidak boleh hanya berada di dapur berdiam diri tanpa mengenal dunia luar. Masalah ini sebenarnya sudah lapuk dek zaman kerana saya yakin wanita sekarang ramai yang lebih berkerjaya tetapi kekurangannya mereka-mereka ini hanya fokus kepada kerja mereka tanpa ambil kisah lansung tentang dunia politik sekarang. Seperti saya katakan sebelum ini politik sangat berkait rapat dengan islam malah menjadi satu anggota. Kerana itu saya meletak perkataan khalifah untuk kita fokuskan kerana manusia tidak lari dari tanggungjwabnya sebagai khalifah. Makna Khalifah itu sendiri bermakna Memakmurkan bumi. Di sini lah kita membuka mata kita merungkai segala kejahilan menjadi kebenaran supaya islam tertegak pada Negara kita. Khulafa’ Ar- Rasyidin bermula dengan khalifah-khalifah nya yang benar.

Zaman dunia sekarang kebanyakannya wanita itu sudah tidak malu untuk tampil kehadapan tetapi kenapa masih ada baki-baki yang belum menimbulkan diri mereka dihadapan khalayak ramai dengan sikap kepimpinan dan idea yang bernas jika mereka ( lelaki ) melihat mereka akan kagum dengan wanita.

Saya juga melihat apakah punca wanita-wanita ini kurang untuk bersuara dalam isu-isu terkini mungkin mereka kurangnya pembacaan. Hanya suka berpinda pada berita-berita gossip. Selain itu terdapat wanita-wanita sebelum adanya rumah tangga , mereka sangat aktif dengan perbincangan isu-isu tetapi apabila perkahwinan menjadi halangan mereka lansung tiada ambil kisah tentang hal ini.

“ Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka ( dengan firmanNya ) : Sesungguhnya aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu ( adalah keturunan ) dari setengah yang lain , maka orang-orang yang berhijrah  (kerana menyelamatkan ugamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan ) kerana menjalankan ugamaku, dan yang berperang (untuk pertahankan Islam), dan yang terbunuh  (gugur syahid dalam perang Sabil) Sesungguhnya aku akan hapuskan kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai , pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualan pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh ) surah Ali-Imran ayat 195
Sahutlah seruan Allahurobbi kerana di setiap perlakuan kita akan dinilai olehnya. Ambil segala peluang yang ada sebagai jalan untuk kita dekat kepada Nya.
Alhamdulillah sahabat-sahabat wanita @ akhowat di Mu’tah sudah pun membuka ruang diskusi sesama akhowat untuk membincangkan isu-isu semasa. Syabas saya ucapkan kepad individu tersebut dan yang terbaru ada seorang lagi individu yang ingin mencetuskan medan perterjemahan bagi kitab-kitab yang ada di Mu’tah untuk diterjemahkan kedalam bahasa melayu. Dengan inisiatif ini lebih banyak membantu pelajar-pelajar di sini untuk tidak membuang waktu kosong begitu sahaja tanpa ada usaha untuk menjadi lebih baik dari itu.


Wallahu’alam.
Hanya medan perbincangan . Sesiapa sahaja boleh menolak pendapat atau komen cara penulisan saya . Insan yang lemah.
 

   

Sabtu, 30 November 2013

train the trainers

Alhamdulillah setelah memegang taklifat timbalan pengarah train the trainers akhirnya berjaya juga menyelesaikan satu program walaupun pada hakikatnya tidak dapat sambutan ramai.

Tetapi ianya tidak menjadi masalah, kerana ingin melatih sekumpulan peserta yang agak ramai sangat menyukarkan dan tidak dapat memberi fokus kepada keseluruhannya.


Pada awalnya saya memang tidak mengetahui apa tugas sebagai timbalan pengarah. Adakah hanya mengarah atau membuat segala kerja timbalan unit. Semua itu saya belajar di sini. Kami ahli jawatan kuasa tidak ramai. Di sinilah kami bantu sesama ajk. Tidak kira kerja dari Tugas-tugas khas sehinggalah programmer sendiri.  


Menariknya kerja dengan mereka ini kerana mereka sangat rajin dan kommit. 

Dari awal pagi sudah terpacak van makanan di hadapan  rumah . Kebetulan rumah tender masakan hanya berhadapan dengan rumah saya .

Hidangan agak special nasi lemak ayam berempah. Syukur dengan rezekinya.


Peserta juga "sporting-sporting" . Majoriti daripada tahun satu. 


Program dimulai dengan speech saudara ikram rafaie.


Kemudian aktiviti yang sangat mencabar


Apapun yang kami harapkan adalah keberhasilan dari kerja keras kami dapat memberi manfaat kepada mereka.

Tunggu Train The Trainers yang kedua & ketiga

^-^



Jumaat, 29 November 2013

Ringkasan tafsir Ar-rahman Ustaz Zahazan

Ringkasan Tafsir surah Ar-Rahman oleh ustaz Zahazan

Oleh tafsir Imam Assyaukani dalam kitab beliau Fathul Qadir.


Setiap perkara yang dijadikan Allah taala itu ada pasangannya dan pasangannya adalah surah Ar-Rahman.


Ketika rasulullah menyampaikan hadis ini semua sahabat terkelu kerana tiada nikmat lain yang Allah sebut melainkan surah ini.


Tafsir ayat 19-28


ayat 22- lu'lu wal marjan


berkata said qutub dalam tafsir fi zilal

lu'lu' itu adalah mutiara dan marjan itu adalah coral( terumbu karang )

maka tidaklah keluar dalam mulut muslim itu kecuali Subhanallah.


ayat 24- proses tasybih


Allah bandingkan apa yang kita lihat di dunia. Orang arab melihat seperti gunung, maka dia ingat tempat padang pasir itu. Maka Allah memperumpamakan laut ini seperti gunung2 yang ada di padang pasir.


persoalan- bagaimana Allah boleh memperumpamakan laut itu dengan gunung?


Manusia akan kembali kepada yang asal sebab petrol juga akan habis.


ayat 27-


Berlaku pertemuan air hujan dan laut dan adanya proses.


Dalam surah al-furqan ayat 63.Berlakunya pertemuan dua laut yang lain rasanya.


Imam Ghazali menganalisis ayat yang  berkaitan dengan syukur


Syukur sangatlah sedikit dan ramai yang sabar


Mukhtasar minhajul qosidin_ Ringkasan ihya' ulumuddin.


.........................................................................................


Satu buku A'id Karni


mencadangkan kita untuk melihat syukur ini dengan melihat orang yang sakit.


jam 3:52 am 11/30/2013





Selasa, 10 September 2013

Tarbiyah mereka

Indahnya tarbiyyah..
Mereka selesa di sini, membekalkan perjuangan yang hendak dibawa. Sabar dengan segala ujian. Di bumi mutah mereka berpijak. Merasa hawa dingin menerkam ke arah mereka. Tidak sekali mereka ingin berpatah semula malah gembira dengan adanya ia..katanya ciptaan Allah itu cantik. Aku melihat mereka gigih dengan pendirian mereka demi mencapai segulung ujazah sarjana muda keluaran university Mutah.

Perjuangan ini pahit. Jadi kumpullah semangat mu dengan melihat perjuangan sahabat.


Melihat makam itu. Hatiku rintih , hiba kenapa semangat beliau tidak aku ambil . Berpesan kepada mereka agar sekaligus menjadi peringatan untuk diri ini.


Salam sahabat kepada kita semua umat islam .. salam perjuangan di medan mutah.. -mazar 2013-

Isnin, 29 Julai 2013

Kisah Sekolah


 TAHUN 2010

Kemasukanku ke sekolah itu adalah pilhanku sendiri. Selain untuk aku ingin berdekatan dengan ibubapa ku, aku ingin mencari tempat untukku memajukan diriku sendiri.





                                        Gambar hiasan
                                                         

3 tahun aku di kelantan, aku tidak pernah kenal mana-mana sekolah di kampungkun sendiri. Termasuklah Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Salah satu sekolah agama bantuan yang terletak di Terengganu. Pada andaianku sekolah ini tidak pernah wujud. Rupa-rupanya selama aku melalui jalan ke Rusila di situlah terletaknya ia. (Satu-satu jalan yang aku ingat..haha!!) dan satu lagi sekolah yang aku kenal selama research aku terhadap sekolah baru ku ini. Terdapat sekolah yang hampir sama namanya dengan sekolahku. Apa yang membezakan ialah sekolahku terdapat perkataan 'Atas' dan sekolah itu pula dihuni oleh pelajar lelaki sahaja berbeza dengan sekolah ku.Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang.Seminggu sebelum aku didaftarkan ke sekolah ini, ibuku menjemputku di sekolah lama Maahad Saniah di Pasir Puteh. Kata ibuku aku sudah tidak punya waktu yang lama untuk mencari barang untuk persiapan ke sekolah baru. Sekolah baru? Kali ketiga sudah aku ditukarkan sekolah.Walaupun begitu, tiada masalah bagiku. Di sini aku boleh berhijrah mencari kehidupan yang baru, mencari kawan baru  Cikgu baru dan yang palin sukar bagiku adalah untuk menukar dialekku sendiri. Dari loghat Kelantan, aku kena biasakan diri untuk bercakap loghat kampungku sendiri. Alhamdulillah sudah biasa sekarang. Baju hijau,tudung hijau dan kain pula hitam..Herm aku tersenyum. Bila masa aku naik pangkat menjadi pengawas sekolah?..Namun dulu. Kini pakaian itu hanyalah pakaian pelajar biasa di sekolah baruku. Setibanya ayahku memarkir kereta di kawasan padang sekolah. Hati aku dah bergelora ketakutan. Tambahnya lagi, aku kena mendaftarkan diri di dalam dewan kerana dewan itu agak cukup besar bagiku. mana tidaknya, selama aku berada di maahad kelantan , tidak pernah wujud satu pun dewan kecuali dewan makan. HUHU.. Kelihatan semua berbaju hujau. Terang dan masih berbau gudang. Wajah-wajah yang berada di situ menjadi asing bagiku. Mana satu ting4 dan ting6 ? yang kecil molek itu mesti ting4 kan? aku beranggapan sendiri. Ibu bapa dan anak-anak yang lain sedang menunggu untuk mendaftarkan diri. Selesai membayar, aku ditunjukkan blok asrama yang sudah tidak jauh dari dewan. Cantik. Kawasannya luas. Hatiku yang bagaikan laut yang ditiup angin, menjadi tenang dan damai. Sikit demi sedikit, hatiku sudah boleh menerimanya. Eh bukankan dia yang aku nampak tadi? kenapa dia pulak yang tunjukkan bilik?. Rupa-rupanya dia sala seorang seniourku. Ting6. anggapan aku tadi salah Aku naik ditingkat dua. Bilik _. Wau, pintu besi! jeritku dalam hati.(Jakun tak?) Di saat itulah, aku rasa hidupku berubah 100%. Bilik bersih. katil yang kemas.Kain selimut di selit dengan elok.Waduh, selesa bangat. Hotelkah ini? . erm,,tak jugak mana ada hotel katilnya banyak dalam satu bilik. Aku bermain dengan perasan ku sendiri. Selesai sahaja mengemas, ibuku meminta untuk pulang. Dengan pantas aku menjawab "OK!".  aku ketiduran.  Seorang demi seorang suara mereka kedengaran. Membualkan apa yang tela h terjadi di sekolah. Itu ini. Begitu begini. Tidak berhenti malah makin bertambah suaranya. haaa!! bisingnya. Aku bangun ." Sudah jam berapa?. 2.30 petang?" mataku terpaku pada jam yang berada di birai katilku. tiba-tiba. "Assalamualaikum. Pelajar baru ker? Nama apa?." tanya salah seorang dari mereka. Dia datang dekat kepadaku.  aku senyum. "yelah. takkan senior kot." "Haah. nama Sayyidatun Nisa'. Panggil Nisa' pelajar Ting.4. awak nama apa?". "Aqilah. pelajar Ting5..erm ...Nisa' dah makan ?" "ow..kakak.sori.." "tak lapar ker?. Pergilah makan. Sekarang ni memang waktu makan. Tapi jangan lambat tau. Nanti mak cik tutup." Dia senyum sekali lagi kearah ku.Aku melewati hari pertamaku diasrama dengan penuh disiplin. Aku boleh dikatakan disiplin juga orangnya. Kadang-kadang pernah digelar 'Budak Skema'. Tapi aku tak kisah akan semua tu.Bagiku hidup disiplin tidak ada payahnya. Sebagaimana dianggap oleh sesetengah pelajar. Tapi aku tidak lah persalahkan orang yang suka hidup bebas. Langgar peraturan sekolah.Sememangnya melanggar peraturan itu salah. Tapi ada batasannya terutama batasan agama. Dalam keadaan begini kefahaman tentang taat wala' itu sangat penting. {Taatlah kamu kepadaNya dan kepada Rasulmu dan setiap pemimpin di kalangan kamu.} Taat kepada pemimpin itu adalah merupakan sesuatu tuntutan kepada kita sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran . Oleh itu berhak untuk pemimpin itu untuk memberi hukuman jika tidak mentaatinya selagi tidak melanggar hukum syarak.       

                                                               *** 

Malam itu sesi taaruf dijalankan oleh pihak asrama. Aku memperkenalkan diriku kepada semua pelajar aspuri. Di bilik pula, aku memperkenalkan untuk kali kedua kepada mereka. Senior dan Junior seangkatan sebagai rakan sebilik. Walaupun begitu dengan berkenalan secara formal sebegini, mungkin masih belum dapat mengenali satu sama lain. Perlu sedikit masa untukku bermesra dan lebih ramah dengan mereka. Dalam aku kesunyian hidup menjalani hari-hari indah berada di asrama terutamanya bilik, aku dihantar seorang kawan yang baru sahaja pindah masuk ke sekolah ini . Dia terlewat seminggu dari aku. Mungkin kerana masalah surat berhenti sekolah atau sebagainya. Diana Farisya. Nama itulah yang telah menemani aku sepanjang aku sunyi dibilik itu. Setahun sudah aku diiktiraf sebagai pelajar Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Walaupun setahun aku menjadi ahli bilik tersebut, aku masih tidak dapat mencari keintimanku dengan seniour-seniour ting5. Aku seakan tidak boleh membiasakan diri dengan mereka. Lain pula Diana Farisya. Mungkin kebijaksanaan dia dalam menarik hati mereka lebih dari aku.  Kelemahanku masih banyak. Aku kena belajar cara untuk menerima orang yang tidak sama dengan cara pemikiranku. Mereka telah banyak melakukan kesalahan asrama. Mungkin itu menjadi satu sebab. "Nisa'. Hati manusia itu semua sama. Hati kita kata ingin menjadi baik. Hati mereka juga begitu. Diana sebenarnya susah untuk mendekati diorang. Tapi Diana cuba jugak. Diana buat muka tak malu sahaja sebab Diana rasa diorang pun mahu berbual dengan kita. Bergurau dengan kita, tapi diorang malu. Diorang nampak kita  budak baik. Cuma kita doakan walaupun mereka membuat kesalahan asrama tetapi tidak membawa mereka kepada perkara lalai.Jangan kita pula sisihkan mereka." 

Pengakhiran persekolahan sudah pun tiba. Aku mengangkut segala kotak-kotak yang diisi barang untuk dibawa pulang.  "Nisa' ni ada sedikit tanda ingatan dari kami buat Nisa' dan Diana. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Mohon maaf dari segala kesilapan kami semua. Terima kasih atas kesabaran Nisa' dalam melayan karenah kami. Walaupun kami tak dapat menjadi kakak yang baik untuk kamu berdua, kami semua berharap kenangan kita bersama tetap diingati hingga akhir hayat. Doakan kami dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik." Pelukan kami erat.Sungguh sedih untuk meninggalkan mereka. Aku berharap mereka dapat menjadi orang berguna pada masyarakat dengan ilmu yang dikutip di taman ilmu yang begitu indah ini. Mungkin selepas ini tanggungjawab ini juga yang perlu ku galas. Aku memandang sekeping kad yang berisi kata-kata. Sungguh berhikmah kata-kata itu.   

TAHUN 2012"Jom turun dulu." Ibuku mengajakku untuk turundari kereta. Sambil menunggu adik-adikku menghabiskan kelas mengaji. Aku terpaksa menunggu adik-adikku di kedai kakakku. Aku terus menuju ke kashier yang terletak dihadapan penjuru kedai. Penjaga kashier itu tersenyum kepadaku. Aku menyipitkan mata membalas. Kenapa dia tersenyum ke arahku?. Wajahnya pernah ku kenali dahulu. Aku cuba untuk mengingat kembali. aku pernah terserempak dengannya? "Nisa tak kenal ker?"Dia menyoalku. aku mengambil masa yang lama untuk mengingat semula. "Ya Allah. kak Maisarah kan?" Rupa-rupanya Allah telah pun menemukan  aku kembali dengan salah seorang dari mereka. " iya. Amboi dah lupa." wajahnya tidak berubah seperti dahulu, malah lebih berseri. "Bukan lupa. Tak cam ." aku hilang kata-kata."akak kerja sini?" "taklah. tuan kedai." kak Maisarah cuba bersenda.Aku tergelak kecil. "lama dah?." " Baru aje. lepas habis je matrix akak mintak kerja sini. Nak tunggu masuk u pulak." "oww..macam mana matrix? ok?." "Alhamdulillah. So far so good. Dugaan dan cubaan tu seperti biasa." "dugaan?" "haah. dugaan. akak kat UITM, akak sorang jer yang pakai tudung besar yang ambik kos akaun. dorang anggap akak ni macam ustazah tau tak?. kalu nampak je akak, diorang akan tunduk hormat. kalau yang ber'couple' pun  takut tengok akak . tapi kalau buat tak tahu jugak tu memang berdehem hati akak. Nak bagi penumbuk pun ada. Ingat dia je yang ada pakwe makwe. Akak pun ada lah. (Allah) Walau macam mana pun akak kena tegur jugak. Dah memang tugas akak kan?. Belajar agama, belajar ilmu Al-quran kena sampaikan walaupun pahit. " Aku senyap. Terfikir sejenak. kak Maisarah yang aku kenal di sekolah dahulu sangat berbeza dengan kak Maisarah yang berada di depanku sekarang. Mungkin itulah yang dikatakan don't just look by  cover. Aku memandang rendah kepada mereka selama ini, walhah mereka lebih hebat dari aku.Tanggungjawab yang dipikulnya itu sememangnya berat. Bagaimana dengan aku? adakah aku boleh terima bebanan sebegitu?.. Namun inilah hakikat untuknya dan juga aku.  "Alhamdulillah. kak.Allah itu sentiasa menguji tahap keimanan seseorang. Walaupun peperiksaan kita lulus. Adakah kita lulus ujian daripada Nya?. Mungkin itu sebahagia daripada persediaan akak untuk menghadapi hari besar nanti.Sekurang-kurangnya akak sudah mengetahui jawapan jika ditanya soalan tentang apakah usaha kita dalam memelihara agamaNya." "Harap-harap begitulah. Doakan akak selalu." "insya Allah kak." Semenjak pertemuanku dengan kak Maisarah membuatkan aku sentiasa beringat bahawa ilmu mesti diamalkan buka diburu semata-mata. Manusia pelbagai ragam. Rambut sama hitam tapi hati berlainan. Mungkin di hati nampak baik, tapi boleh jadi dia yang merosak bangsa, boleh jadi dia yang dihempap menjadi orang yang kita sanjung.*dedikasi buat sahabat dan adik-adik di SMAASZA. Cari la bekalan untuk masa hadapan<teman SEBILIK  Nuranida Zulhilmi dan akak2 yang saya cintai.>                                           ***

Cerita Aku


Bacaan Imam itu terus menusuk kalbu, sekejap mataku pejam mencari khusyuk dalam solat. Entah sudah rakaat ke berapa fikiranku masih melayang-layang . Gerakan bibirku laju mengikut alunan itu. Surah Ar-Rahman . "Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.."
.................................................................................................................
Tika aku ingat kisah itu, syukurnya aku kerana ada dia sentiasa di sampingku..
Dia saja yang mendengar, Dia saja yang tahu betapa peritnya rasa itu..
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ..
Setahun sudah kisah itu berlalu pergi.. Walaupun pada hakikatnya masih berat untuk aku lupakan .. Kini aku sibuk dengan kerja harianku . Belajar dan bergerak aktif dalam persatuan. Selagi tiada yang dapat menghalangku, selagi itu aku terus bergerak berkerja membantu ummah. Kini aku giatkan diriku dengan aktiviti dakwah. Video sini video sana , poster dan sebagainya.. Kadang-kadang snap gambar sudahpun memuaskan aku.. 
Membuat pilihan untuk berjauhan dengan keluarga, anak menakan, atuk dan kawan-kawan di kampung memang suatu yang mencabar . Akibatnya aku sendiri  tanggung ,tetapi itu  lebih baik daripada aku menanggung dosa yang mungkin bisa akan terjadi. Rahsia Dia siapa yang tahu. Aku merancang Allah yang menentukan. 
Aku datang ke bumi Jordan pada bulan 9. Ketika itu sahabatku berjuang dengan STAM . Sepatutnya aku bersama mereka. Bersama-sama mereka untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Namun, apakah upaya kita sebagai makhluk untuk menentukan segalanya. Sungguh nyata tempatku bukan di sana.
Tapi aku redha, 

..................................................................................................................................................................................
                                                                                    
Air mataku mengalir laju. Menunduk syukur kepada-Nya. Nikmat sihat, aman , keluangan masa untuk beribadah tidak semua orang dapat memilikinya. Sedikit sahaja aku diuji sudah menggigil satu anggota. Mengharapkan pertolongan-Nya di saat perlu tetapi aku lupa akan jasaNya ketika aku bergembira. Sangat kecil diri ini. .sekecil Semut

Imam Masjid Mazar menadah tangan membacakan doa qunut di 15 akhir ramadhan. Aku memahami setiap perkataan yang dialunkan. Bersama merasai detik-detik seorang hamba yang merintih sebuah keapunan dari tuhanNYa.

Ya Allah kau jadikanlah aku ini orang bermanfaat kepada agamaMu. Jadikanlah aku ini orang yang sentiasa ingatkan hari kematian. Jadikanlah aku sebahagian para Shahidah. Syurga Mu amat luas maka jadikanlah aku sebahagian penghuni syurga itu. Kau permudahkanlah untuk ku melalui siratMu dengan sepantas kilat bukan merangkak2..

Ya Allah jadikanlah kami sebagai pejuang yang ikhlas yang sentiasa mengharapkan redhaMu. Ya Allah kau berikanlah kemenangan kepada saudara kami.. Kau berilah ganjaran setimpal dengan pengorbanan mereka.
Amin.